PENGIKUT Instagram Nadya bertambah hingga 100,000.
PENGIKUT Instagram Nadya bertambah hingga 100,000.
Nor Akmar Samudin


Ketika berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, pelakon Nadya Syahera Rosli tiba-tiba didatangi seorang wanita pertengahan usia yang marah-marah.

“Bella, kau jangan kejam sangat dengan Hani!” kata wanita itu dalam keadaan marah serta wajah yang masam mencuka.

Begitulah berkesan­nya watak jahat bernama Bella yang dilakonkannya dalam drama Dia Semanis Honey.

Teraju utama drama yang baru saja habis bersiaran di Astro Ria itu dipegang Alif Satar sebagai Ahnaf dan Siti Nordiana (Hani).

Melihatkan profil dirinya, Nadya, 23, bukanlah ‘orang baru’ dalam bidang lakonan. Dia pernah muncul dalam drama bersiri Jiran Sebelah Pintu, Isteri Separuh Masa, MAID, Bencinta dan Maafkan Aku Jika Tak Sempurna.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2016 @ 6:26 AM