Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuala Lumpur: Polis masih menunggu laporan bedah siasat mayat budak lelaki, Noor Amila Idrus Norsham, 5, bagi mengetahui bagaimana pembunuhan mangsa dilakukan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata, hanya laporan bedah siasat dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur dapat mengetahui bagaimana cara mangsa dibunuh.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan mayat mangsa ditemui tanpa kepala sebaliknya meminta orang ramai memberi ruang polis menjalankan siasatan.

"Setakat ini seorang suspek lelaki yang juga ahli keluarga terdekat mangsa ditahan semalam bagi membantu siasatan polis.

"Dengan berpandukan suspek, polis melakukan pencarian di lokasi terbabit sejak malam tadi namun gagal kerana keadaan gelap. Kita sekali lagi membawa suspek ke lokasi sama tengah hari tadi sebelum menemui mayat mangsa di dalam gaung di kawasan sungai,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2016 @ 6:49 PM