Bengkel di di Jinjang Utara tempat suspek mengurung Noor Amila Edrus Norsyam (gambar kiri) selepas menculiknya. - Foto Fail
Bengkel di di Jinjang Utara tempat suspek mengurung Noor Amila Edrus Norsyam (gambar kiri) selepas menculiknya. - Foto Fail
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seorang anggota keluarga kanak-kanak lelaki, Noor Amila Edrus Norsham, yang dijumpai mati Khamis lalu, akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok, atas dakwaan membunuh budak lima tahun itu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, suspek lelaki berumur 26 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Katanya, tempoh tahanan reman suspek selama empat hari bermula Isnin (15 Ogos) lalu, dan disambung reman pada 19 Ogos, berakhir esok.

"Suspek yang merupakan warganegara Malaysia dan bekerja sebagai mekanik akan dituduh di Mahkamah Majistret esok," katanya di sini, hari ini.

Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada 11 Ogos sebelum mayatnya ditemui dalam semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, pada 12.30 tengah hari, Khamis lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2016 @ 8:22 PM