LOKASI mayat kanak-kanak dipercayai Noor Amila (gambar kecil) ditemui. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
LOKASI mayat kanak-kanak dipercayai Noor Amila (gambar kecil) ditemui. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuala Lumpur: Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai dibunuh ditemui di Kampung Kemensah, Ulu Kelang, di sini, kira-kira 2 petang tadi.

Sumber memberitahu, mayat kanak-kanak itu dipercayai Noor Amila Edrus Norsham, 5, yang dilaporkan hilang di Jinjang, di sini, sejak minggu lalu.

Menurut sumber, mayat dipercayai dibuang ke dalam gaung di kawasan perkampungan itu sejak beberapa hari lalu.

"Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan mengenai penemuan mayat ini dan diminta datang ke Hospital Kuala Lumpur untuk membuat pengecaman.

"Siasatan lanjut masih diteruskan," kata sumber itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2016 @ 4:58 PM