BEREGU beregu lelaki negara, Goh V Shem (kanan) dan Tan Wee Kiong dalam aksi penentuan ke suku akhir. FOTO Rosli Rahmat
BEREGU beregu lelaki negara, Goh V Shem (kanan) dan Tan Wee Kiong dalam aksi penentuan ke suku akhir. FOTO Rosli Rahmat
Hamdan Saaid


Rio de Janeiro: Semua tiga pasangan negara layak ke suku akhir badminton Sukan Olimpik Rio selepas beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying memastikan tempat mereka, awal pagi ini.

Peng Soon-Liu Ying mengatasi Robin Middleton-Leanne Choo dari Australia 21-17, 21-15 dalam masa 40 minit aksi Kumpulan C di Pavilion 4 Riocentro.

Mereka akan bertemu pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir, pagi esok, bagi menentukan juara kumpulan.

Terdahulu, beregu utama wanita negara Vivian Hoo-Woon Khe Wei turut mara selepas menundukkan pasangan Hong Kong, Poon Lok Yan-Tse Ying Suet 21-15, 21-13 bagi kemenangan kedua dalam Kumpulan C.

Mereka perlu berdepan Nitya Maheswari-Greysia Polii dari Indonesia bagi menentukan juara kumpulan.

Pagi tadi, Goh V Shem-Tan Wee Kiong memastikan tempat ke suku akhir beregu lelaki.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2016 @ 10:08 AM