Kumpulan JMT dan Hey Ladies masing-masing diumumkan sebagai juara program realiti radio Hot FM Lawak Vaganza dan Kool FM Super Karoks, hari ini.
Kumpulan JMT dan Hey Ladies masing-masing diumumkan sebagai juara program realiti radio Hot FM Lawak Vaganza dan Kool FM Super Karoks, hari ini.
Michelle Gun


Petaling Jaya: Kumpulan JMT dan Hey Ladies masing-masing diumumkan sebagai juara program realiti radio Hot FM Lawak Vaganza dan Kool FM Super Karoks, hari ini.

Kumpulan JMT yang dianggotai Issey, Bell Ngasari dan Shuk membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

Hey Ladies, gandingan penyanyi Intan Sarafina dan Elyana pula memenangi wang tunai RM15,000.

Hot FM Lawak Vaganza adalah sketsa tiga minit secara spontan mengikut tema setiap minggu di stesen Hot FM.

Kool FM Super Karoks pula membariskan penyanyi tanah air bersaing menyampaikan lagu secara karaoke.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2016 @ 1:11 PM