PEMINAT Pokemon Go di Thailand bermain permainan itu di daerah Pathumwan, Bangkok. - Agensi
PEMINAT Pokemon Go di Thailand bermain permainan itu di daerah Pathumwan, Bangkok. - Agensi
Agensi

Bangkok: Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Kebangsaan Thailand (NBTC) mengancam mengharamkan Pokemon Go di negara itu sekiranya pemaju permainan itu Niantic Inc tidak bekerjasama untuk mengeluarkan lokasi sensitif daripada permainan itu.

NBTC akan menghantar surat rasmi kepada Niantic hari ini, memintanya tidak menempatkan karakter Pokemon di atau sekitar premis milik kerajaan, kuil, kawasan persendirian dan berbahaya, termasuk jalan raya, sungai dan landasan kereta api, kata Setiausaha Agungnya, Takorn Tantasith.

“Jika Niantic menolak permintaaan kami, NBTC akan meminta Kementerian Penerangan dan Teknologi Telekomunikasi serta Pejabat Perdana Mentei mengharamkan permainan itu di negara ini,” katanya.

Dia menjangka syarikat berkenaan akan memberi reaksi positif memandangkan Niantic sudahpun mengecualikan beberapa kawasan khusus di beberapa negara daripada karakter Pokemon Go selepas menerima permintaan serupa.

Sementara itu, jawatankuasa Sosial Parlimen Thai menyokong rancangan NBTC.

Setiausahanya, Wallop Tang-kananurak berkata, Niantic sepatutnya menggalakkan pengguna ke destinasi pelancongan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 8:58 AM