DILANCARKAN pada 6 Julai 2016.
DILANCARKAN pada 6 Julai 2016.
DILANCARKAN pada 6 Julai 2016.
DILANCARKAN pada 6 Julai 2016.
Redzuan Muharam


Penantian penggemar game kontroversi, Pokemon Go berakhir apabila aplikasi itu boleh dimuat turun secara rasminya di negara ini sejak Sabtu lalu.

Walaupun baru beberapa hari dilancarkan, aplikasi hasil ciptaan Niantic Incorporation dari Nintendo, Amerika Syarikat itu mendapat sambutan luar biasa jadi jangan terkejut jika garis masa laman sosial anda dipenuhi gambar atau status perkongsian pengalaman rakan yang semakin obses dengan permainan berkenaan.

Dengan telefon pintar, pemain boleh memburu karakter Pokemon dan menariknya, ia boleh berada di mana-mana termasuk jalan raya, atas bumbung, rumah ibadat serta kawasan perumahan.

Di sebalik perkongsian menarik, ada juga kisah menakutkan mengenai permainan itu dan salah satunya seorang lelaki berusia 20 tahun, baru-baru ini yang ditembak mati ketika bermain Pokemon Go berhampiran destinasi pelancongan popular Fisherman’s Wharf di San Francisco.

Setakat ini, belum ada kes seumpamanya di negara ini namun Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataannya berkata permainan itu perlu dijauhkan atas faktor ‘maslahah’ dan kemudaratan.

Banyak kecaman dilemparkan netizen susulan kenyataan itu terutama daripada golongan pro ‘ Pokemon Go’ yang menganggap permainan berkenaan hanya bertujuan mengisi masa lapang.

Tidak kurang juga yang bersetuju jika permainan itu diharamkan demi keselamatan dan privasi orang ramai.

Lain orang lain pandangannya dan ikuti komen Gen Y mengenai isu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2016 @ 3:15 PM