KALAU ada dua tiga kumpulan cekal memperjuangkan muzik rock Melayu, barulah ia lebih menonjol.
KALAU ada dua tiga kumpulan cekal memperjuangkan muzik rock Melayu, barulah ia lebih menonjol.
Rudy Imran Shamsudin


Hampir 15 tahun membabit diri dalam industri muzik tempatan, Kristal yang diketengahkan bakat mereka oleh penyanyi utama kumpulan Wings, Awie bangga hingga kini masih terus bertahan.

Sepanjang tempoh itu juga, kumpulan yang kini dianggotai Mohd Razlan Mohamed Yusuf atau Razlan, Muhamad Rodi Baharudin (Rody), Mohd Nur Asraf Baharuddin (Asraf) dan Muhammad Afifi Nor Mohammad (Afifi) tetap memperjuangkan muzik yang mereka pelopori sekian lama.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran terutama apabila irama rock kapak tidak lagi diputarkan di radio, mereka tidak pernah membuat keputusan drastik dengan bertindak menghasilkan lagu berentak semasa mengikut perubahan industri.

Apabila ada kumpulan lain turut memilih genre sama dan mendapat sambutan cukup baik, Razlan mewakili anggota Kristal lain akui mereka sedikitpun tidak berasa terkilan.

Sebaliknya mereka bangga apabila lagu dihasilkan kumpulan berpengalaman seperti Khalifah dengan single Hang Pi Mana dan kumpulan baru, Projector Band dengan lagu Sudah Ku Tahu, menampilkan konsep rock kapak menjadi kegilaan ramai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2016 @ 5:04 AM