1. BAHAN: Tembikai, dua jenis orkid, bekas hiasan bagi menstabilkan dekorasi tembikai, pen penanda, gunting flora dan pisau sesuai.

2. GUNAKAN pen penanda untuk melakar garis pada permukaan tembikai dalam bentuk V atau pada suku bahagian saja. Seterusnya gunakan pisau untuk memotong bahagian tembikai yang dilakar itu.

3. GUBAHAN lebih tertumpu pada bahagian hujung tembikai. Mulakan dengan menggubah dua jenis bunga orkid mengikut cita rasa anda.

4. BIARKAN bunga orkid digubah secara terjuntai seolah-olah kelihatan seperti ekor tupai. Ia bertujuan memberi impak lebih dramatik.

5. SERLAHKAN kreativiti anda dengan idea gubahan menarik.

6. BUKAN saja sesuai di meja makan kediaman, malah sering dijadikan penyeri majlis perkahwinan.

Hartini Mohd Nawi

Jemu dengan dekorasi biasa di meja makan kadangkala memerlukan anda mencetuskan kelainan.

Mungkin idea anda itu membuatkan tetamu teruja saat bertandang. Tidak salah kiranya gubahan dekoratif itu menjadi menu sajian di atas meja. Bukan saja menarik, malah boleh dimakan.

Gabungan buah-buahan dengan bunga-bungaan segar umpamanya mampu menjadi tarikan atau hadiah paling bermakna buat tetamu.

Kali ini, kita berkongsi gubahan berasaskan buah tembikai dengan penyerinya bunga orkid.

Bagi menampilkan dekorasi kelihatan lebih dramatik, anda disaran memilih tembikai yang masak dan mempunyai corak agak ‘garang.’

Ia bagi memperlihatkan idea berbeza dan mampu mencetuskan faktor ‘wow.’

Terima kasih Mohd Azmy Osman (Pakar bunga negara). Instagram Mohd.Azmy.Osman

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2016 @ 5:00 AM