PERALATAN yang diperlukan.
PERALATAN yang diperlukan.
1. AMBIL bunga mawar bagi membina kerangka asal dekorasi. Tujuannya adalah memberi impak romantik kepada dekorasi meja nikah.
1. AMBIL bunga mawar bagi membina kerangka asal dekorasi. Tujuannya adalah memberi impak romantik kepada dekorasi meja nikah.
2. IA diikuti dengan penggunaan bunga teluki merah jambu.
2. IA diikuti dengan penggunaan bunga teluki merah jambu.
3. BUNGA lili juga ditambah untuk menaikkan seri pada dekorasi.
3. BUNGA lili juga ditambah untuk menaikkan seri pada dekorasi.
4. SELEPAS selesai menggunakan bunga utama, gunakan bunga peacock kuning bagi menutup ruang kosong, sekali gus melindungi span basah.
4. SELEPAS selesai menggunakan bunga utama, gunakan bunga peacock kuning bagi menutup ruang kosong, sekali gus melindungi span basah.
5. HIASKAN dengan daun poison ivy dan fish leaf bagi memberi impak menjurai.
5. HIASKAN dengan daun poison ivy dan fish leaf bagi memberi impak menjurai.
6. BUNGA orkid putih ditambah untuk menjadikan dekorasi kelihatan lebih eksklusif.
6. BUNGA orkid putih ditambah untuk menjadikan dekorasi kelihatan lebih eksklusif.
7. BAGI menambahkan lagi kesan romantik, kelopak bunga mawar ditaburkan atas meja akad nikah.
7. BAGI menambahkan lagi kesan romantik, kelopak bunga mawar ditaburkan atas meja akad nikah.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib


Dekorasi meja pernikahan tidak terlepas menjadi perhatian tetamu pada sesebuah majlis pernikahan. Malah, dekorasi yang menarik akan menjadi objek fotografi sama ada untuk dokumentasi pernikahan dan juga tatapan tetamu.

Hiasan meja pernikahan juga adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan untuk sesebuah majlis.

Bagaimanapun, dekorasi meja nikah akan kelihatan biasa saja sekiranya dibiarkan tanpa sebarang elemen romantik.

Untuk memberi sedikit kelainan, kelopak bunga mawar berwarna merah jambu juga boleh disusun satu persatu di atas meja plastik lutsinar.

Warna lembut seperti merah jambu dan kuning cair merupakan warna romantik yang sesuai untuk dekorasi pernikahan. Malah orkid putih turut membantu menjadikan dekorasi kelihatan lebih eksklusif.

Tidak sukar untuk mendapatkan gubahan yang indah asalkan kita berani mencuba dengan tidak me­ngehadkan idea gubahan kepada penggunaan bunga saja. Anda juga boleh melebihkan penggunaan daun bagi mencipta kelainan.

Penggunaan dua elemen flora ini akan membuatkan dekorasi kelihatan lebih semula jadi dan tidak terlalu kaku apabila diletakkan di tepi meja nikah.

Pereka flora profesional, Mohd Azmy Osman, kali ini mengajak pembaca mengikuti teknik mudah menghias meja pernikahan yang nampak romantik

dan menyegarkan.

Bagi mendapatkan koleksi terbaru bunga pahar, bunga tangan dan hantaran boleh melayari Instagram Mohd.Azmy.Osman.

Mohd Azmy menunjukkan cara menggubah bunga dan daun untuk menghiasi meja pernikahan dan menambah keserian ketika merakam detik bahagia pasangan pengantin.

Peralatan:

Bunga lili, bunga teluki merah jambu, bunga peacock kuning, orkid putih, bunga mawar, daun ivy, daun fish leaf, kelopak mawar, span basah dan gunting bunga.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2015 @ 12:59 PM