Yogyakarta: Gambar bawah yang dirakam kelmarin menunjukkan Ketua Polis Indonesia, Jeneral Tito Karnavian, Panglima Tentera Nasional Indonesia, Jeneral Gatot Nurmanto, Panglima Tentera Udara, Jeneral Agus Supriatna dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Mulyono menunaikan solat Maghrib berjemaah dengan diimamkan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Supandi.

Mereka berjemaah di surau di Lapangan Terbang Adisucipto di Yogyakarta sementara menunggu ketibaan Presiden Joko Widodo untuk menghadiri majlis tamat latihan graduan Akademi Tentera dan Akademi Polis. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2016 @ 11:07 AM