Yogyakarta: Pengerusi kumpulan yang ditugaskan mencari jalan tengah dalam kemelut politik Indonesia, Syafii Maarif, mengaku tidak bimbang mengenai isu mereka diperhatikan orang ramai.

“Jika rakyat Indonesia sedang memerhatikan saya, silakan, saya langsung tidak berasa takut,” katanya yang juga bekas Pengerusi Pusat Muhammadiyah.

Beliau kini sedang berusaha membantu Presiden Jokowi menyelesaikan kemelut melanda kerajaan Indonesia ekoran pelantikan calon Ketua Polis Negara yang baru.

Seorang lagi anggota pasukan itu, Hikmahanto Juwana, mereka yakin sedang melakukan perkara yang betul.

“Kami reda dengan apa saja yang berlaku kerana yakin malaikat sedang membantu, manakala rakyat menyokong,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Februari 2015 @ 5:49 AM