Jakarta: Presiden Joko Widodo (Jokowi) semalam melantik secara rasmi ketua Markas Strategik dan Simpanan Tentera Darat (Kostrad) Lt Jeneral Mulyono sebagai Panglima Tentera Darat.

Dia menggantikan Jeneral Gatot Nurmantyo yang mengangkat sumpah menjadi Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) minggu lalu.

“Jokowi memutuskan untuk melantik Mulyono menggantikan Gatot,” kata jurucakap TNI Wuryanto.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan alasan pemilihan Mulyono kecuali berkata, pemilihan jeneral tiga bintang itu keputusan Jokowi.

“Kami tidak tahu alasan pemilihan Mulyono. Itu hak mutlak presiden. Yang boleh saya cakap ialah, Mulyono memenuhi semua syarat untuk dilantik ke jawatan itu,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2015 @ 5:02 AM