MAYA.
MAYA.
Najiy Jefri

Biarpun rumah tangga yang dibina dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz yang juga kerabat diraja Pahang pada 2009 tidak kekal lama, penyanyi Maya Matahari tidak pernah menganggap ia titik penamat segalanya.

Tidak perlu digali punca segala keretakan yang membawa kepada perceraian, Maya percaya setiap ketetapan itu ada hikmahnya.

“Saya percaya aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang dirancang. Tiada pasangan yang mahukan perceraian, tetapi kalau sudah tidak boleh diselamatkan saya kena reda.

“Lagipun ini jalan terbaik untuk kami daripada terus hidup bermasalah.

“Terus terang saya memang seorang yang perahsia. Malah, ketika saya dan bekas suami masih bersama, saya jarang berkongsi kisah peribadi kepada umum. Saya lebih selesa berdiam diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2016 @ 7:44 AM