GOMEZ dikhabarkan bercinta dengan Butler.
GOMEZ dikhabarkan bercinta dengan Butler.
Najiy Jefri


SELENA Gomez dikhabarkan enggan terburu-buru dalam melayari hubungan yang serius selepas timbul khabar angin yang mengatakan dia bercinta dengan pemain bola keranjang Amerika Syarikat, Jimmy Butler.

Menurut sumber terdekat, penyanyi berusia 28 tahun itu dikatakan fokus dengan membahagiakan dirinya terlebih dahulu.

"Gomez sedang menikmati persahabatannya dengan

Butler, tapi dia belum terfikir untuk menjalin hubungan itu secara serius. Dia seronok dengan hubungan itu, tapi enggan terburu-buru mencari teman lelaki.

"Gomez juga fokus membuat dirinya bahagia dan perkara yang terbaik untuk hidupnya ketika ini," katanya

Sumber berkata, Gomez mencari teman lelaki yang mempunyai personaliti yang baik dan jujur.

"Dia mengimpikan teman lelaki yang mempunyai keyakinan diri tinggi, pintar, lucu, saling menyokong, boleh dipercayai dan boleh diharapkan," katanya.

Sebelum ini, Gomez dikatakan bertemu Butler selepas beberapa pihak bercerita mengenai gosip itu.

Khabar angin itu mula menjadi kecoh sejak pertengahan November lalu ketika seorang pengguna media sosial melihat mereka makan malam bersama di Lucien, New York City.

Malah, sebuah portal berita sebelum ini juga melaporkan bahawa kedua-dua pasangan ini sudah kerap dilihat bersama.

Dalam pada itu, Gomez baru-baru ini secara terbuka memaklumkan berjaya menemui dirinya kembali dan semakin pulih daripada segalanya.

"Tema keseluruhan dari album terakhir saya adalah banyak penemuan diri sendiri, banyak soal menjadi lebih baik, menjadi kuat dan menjadi diri sendiri. Apa yang saya buat sekarang adalah untuk diri saya tanpa mencari apapun atau sesiapa dalam hidup," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Disember 2020 @ 6:09 AM