HTC 10
HTC 10
Afiq Hanif


Biar lambat janji masuk. Itulah mungkin bayangan diberikan HTC yang bakal membawa masuk model terbaru HTC 10 di negara ini pada harga RM2,799 bermula esok.

Jika mahu membelinya, setakat ini laman e-dagang, 11Street dan kedai DirectD antara yang rasmi menjualnya.

HTC 10 diperkenalkan beberapa bulan sebelum ini menggunakan pemprosesan terbaik, Qualcomm Snapdragon 820 di samping RAM sehingga 4GB.

Buat pertama kali, HTC tidak lagi menggunakan model ONE yang biasanya dimasukkan sebagai nama model dalam semua produk HTC sebelum ini.

HTC 10 mempunyai paparan 5.2 inci QHD (1440 x 2560) dengan storan 32GB yang boleh ditambah melalui slot mikroSD yang mampu menampung kad berkapasiti sehingga 2TB.

Untuk kamera pula, kedua-dua kamera depan dan belakang HTC 10 mempunyai penstabil imej optikal (OIS) selain sensor 12 megapiksel.

Syarikat terbabit yang terkenal dengan sistem audionya meneruskan tradisi dengan tetapan HTC BoomSound Hi-Fi Edition, dan Dolby Audio.

INFO

HTC 10

- Harga: RM2,799

- Skrin: 5.2 inci QHD (1440 x 2560)

- Storan: 32GB

- Kamera: 12MP, 5MP (depan)

- Berat: 161g

- OS: Android V6.0.1 Marshmallow dengan HTC Sense

- Slot kad SIM: NanoSIM

- Bateri: 3000mAh

- RAM: 4GB

- CPU: Qualcomm∆ Snapdragon 820, Quad Core, 64bit, 2.2GHz

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2016 @ 11:47 AM