HTC One M9+
HTC One M9+
HTC Desire 826
HTC Desire 826

Mungkin agak mengecewakan apabila ura-ura model HTC One M9 tidak akan memasuki pasaran Malaysia tetapi ia digantikan dengan One M9+ yang kelihatan sama dengan M9 dari luar tetapi mempunyai beberapa ciri termasuk penggunaan CPU berbeza.

One M9+ tidak lagi menggunakan CPU Qualcomm sebaliknya ia diperkasakan CPU keluaran Mediatek, MT6795 octa core berkelajuan 2.2GHz selain resolusi skrin 5.2 incinya dimajukan ke Quad HD pada 2560 x 1440 piksel.

Selain itu, ia turut ditambah fungsi keselamatan dengan pengesan cap jari pada butang fizikal Home.

Bukan setakat M9+ saja yang dibakal diperkenalkan HTC tetapi Desire 826 dikhabarkan mementingkan kualiti kamera apabila menjadikan gambar selfie lebih baik.

Dijual pada harga RM1,359, ia mempunyai kamera beresolusi 13MP lengkap bersama flash LED dan fokus auto.

Skrin Desire 826 bersaiz 5.5 inci yang beresolusi HD Penuh 1920 x 1080 piksel datang dengan dua pembesar suara stereo hadapan diperkasakan teknologi HTC Boomsound dan Dolby Audio untuk memberikan pengguna pengalaman menonton video yang hebat.

INFO

HTC ONE M9+

- Harga: RM2,599

- CPU: Mediatek Helio X10 64 bit, octa core 2.2GHz

- Skrin: 5.2 inci Super LCD QuadHD

- RAM: 3GB

- Memori: 32GB

- Kamera: 20MP, 4MP (depan)

- Bateri: 2840mAh

- Dimensi: 150.9 x 71.9 x 9.6mm

- Berat: 168g

- Rangkaian: LTE, 3G, 2G

- OS: Android Lollipop 5.0 dengan Sense 7

HTC DESIRE 826

- Harga: RM1,359

- CPU: Qualcomm Snapdragon 615, octa core

- Kamera: 13MP, HTC UltraPixel (depan)

- RAM: 2GB

- Memori: 16GB

- Skrin: 5.5 inci, HD penuh 1080p

- Bateri: 2600mAh

- Slot kad SIM: dua

- Dimensi: 158 x 77.5 x 7.99mm

- Rangkaian: 4G, 3G, 2G

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2015 @ 1:35 PM