AFP

London: Andy Murray dan Roger Federer (gambar) akan berentap hari ini untuk mara ke final Wimbledon, sekali gus mengekalkan cengkaman jitu ke atas ‘Empat Gergasi’ sukan itu sejak 2003.

Selepas Lleyton Hewitt muncul juara 14 tahun lalu, baki 13 kali aksi akhir dikongsi di antara Federer, Murray, Novak Djokovic dan Rafael Nadal.

Keempat-empat pemain itu juga mengisi lapan daripada 10 slot naib juara.

Menjadi penghalang kepada juara 2013, Murray dan juara tujuh kali Federer untuk aksi akhir Ahad ini ialah Tomas Berdych, naib juara 2010 dan pilihan keenam, Milos Raonic.

Berdych ketinggalan 6-8 dalam rekod pertemuan dengan Murray, manakala Federer mendahului Raonic 9-2 - pemain paling muda antara empat pemain ke separuh akhir itu, pada usia 24 tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Julai 2016 @ 6:00 AM