SUPRAMANIAM (tengah) menunjukkan senjata tajam yang digunakan suspek dalam kes tetak. FOTO Amrullah Abdul Karim
SUPRAMANIAM (tengah) menunjukkan senjata tajam yang digunakan suspek dalam kes tetak. FOTO Amrullah Abdul Karim
Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Mayat lelaki warga Bangladesh ditemui berlumuran darah dengan kesan tetakan di leher berhampiran kandang lembu di Kampung Sungai Jang, Kerling di sini, pagi tadi.

Maklumat penemuan mayat itu diperolehi daripada orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu pada 6.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, mangsa berusia lingkungan 30-an dipercayai mati antara sejam atau dua jam sebelum ditemui.

"Siasatan awal polis di lokasi kejadian menemui parang dan cangkul dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

"Bedah siasat masih dijalankan dan motif sebenar kejadian sedang disiasat," katanya.

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti dua suspek yang dipercayai terbabit dalam kes itu namun masih diburu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2016 @ 3:45 PM