SUPRAMANIAM (dua kiri) menunjukkan kereta yang dirampas dalam operasi. FOTO Amrullah Abdul Karim
SUPRAMANIAM (dua kiri) menunjukkan kereta yang dirampas dalam operasi. FOTO Amrullah Abdul Karim
Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Satu sindiket geng curi kereta tumpas dalam Ops Lejang di ladang penternakan ayam di Sungai Jang, Kerling di sini, 13 dan 14 Februari lalu.

Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Hulu Selangor itu berjaya merampas 11 kereta termasuk lori dengan anggaran nilai RM700,000-RM900,000.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, serbuan pertama menemui enam kereta dan satu lori manakala serbuan kedua menemui empat lagi kereta.

"Sindiket ini dipercayai didalangi oleh 'Geng Charles' yang aktif sejak dua tahun lalu.

"Polis turut menahan enam lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan haram itu," katanya pada sidang media di IPD Hulu Selangor, hari ini.

Beliau berkata, semua suspek kini ditahan di bawah Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Februari 2017 @ 2:23 PM