CASILLAS anggap Sepanyol miliki tuah berbanding Itali.
CASILLAS anggap Sepanyol miliki tuah berbanding Itali.

Paris: Ketika Sepanyol berusaha memburu trofi ketiga berturut-turut Euro, Vicente Del Bosque sekali lagi terpaksa mengemudi pasukannya berdepan musuh tradisi, Itali bagi aksi pusingan kedua, malam ini.

Sebelum memenangi Euro sebanyak dua kali berturut-turut dan Piala Dunia pada 2010, Sepanyol tampak seperti mimpi ngeri buat Itali yang gagal menewaskan mereka dalam lima percubaan di pentas kejohanan utama.

Pada suku akhir Euro 2008 di Vienna, Sepanyol yang mempunyai rekod buruk dalam penentuan penalti berjaya memenangi pertembungan membabitkan kedua-duanya sebelum menjuarai kejohanan.

Mengulas kejayaan itu, kapten Iker Casillas menyifatkannya sebagai: “Ia adalah hari yang penting dalam sejarah pasukan kebangsaan Sepanyol,” katanya.

Selepas memenangi Piala Dunia pada 2010, Sepanyol bertemu Itali sebanyak dua kali sebelum mengekalkan gelaran empat tahun lalu.

Terikat 1-1 pada aksi pembukaan, skuad bimbingan Del Bosque kemudian membelasah Itali 4-0 di pentas final. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2016 @ 8:39 AM