PEMAIN Sepanyol Pedro Rodriguez (tengah) diasak dua pemain Georgia.
PEMAIN Sepanyol Pedro Rodriguez (tengah) diasak dua pemain Georgia.
AFP

Madrid: Juara Eropah Sepanyol dikejutkan dengan kekalahan pertama sejak Mac 2015 apabila tumpas 0-1 di tangan Georgia di laman sendiri dalam perlawanan pemanas badan terakhir menjelang Euro 2016 di Madrid, awal pagi semalam.

Georgia yang menduduki ranking ke-137 dunia gagal mencatat sebarang kemenangan sejak menumpaskan pasukan kerdil Gibraltar pada pusingan kelayakan Euro, Oktober lalu.

Bagaimanapun, mereka mempamerkan keampuhan ketika bertahan dan memanfaatkan satu-satunya serangan bahaya apabila Tornike Okriasvili menyumbat masuk gol enam minit sebelum babak pertama tamat.

Sepanyol akan memulakan misi memburu gelaran Kejohanan Eropah buat kali ketiga berturut-turut menentang Republik Czech pada 13 Jun ini di Toulouse.

“Kami perlu menerima keputusan ini dan bangkit semula,” kata jurulatih Sepanyol Vicente del Bosque.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Jun 2016 @ 8:51 AM