ANTARA karya tanpa kalimah Allah mengetengahkan motif corak Islamik.
ANTARA karya tanpa kalimah Allah mengetengahkan motif corak Islamik.
SUSUNAN kalimah ditulis mengikut alunan tangan secara spontan tanpa dilakar terlebih dahulu.
SUSUNAN kalimah ditulis mengikut alunan tangan secara spontan tanpa dilakar terlebih dahulu.
‘KISWAH’ karya terbesar dipamerkan di galeri berkenaan.
‘KISWAH’ karya terbesar dipamerkan di galeri berkenaan.
KALIMAH suci Allah ditulis di atas kertas dilapisi air zamzam terlebih dahulu.
KALIMAH suci Allah ditulis di atas kertas dilapisi air zamzam terlebih dahulu.
ABDUL Halim (kiri) bersama Penasihat Global Halal Exchange Datuk Roslan Ramli dan Pengarah Pemasarannya Datuk Mohd Nasaruddin Ahmad (kanan) di RR Gallery, baru-baru ini.
ABDUL Halim (kiri) bersama Penasihat Global Halal Exchange Datuk Roslan Ramli dan Pengarah Pemasarannya Datuk Mohd Nasaruddin Ahmad (kanan) di RR Gallery, baru-baru ini.
Nor Hanisah Kamaruzaman

Biasanya penonton pasti leka mencari titik permulaan sesebuah karya seni, namun berbeza dengan yang ditampilkan di Pameran Karya Sejuta Kalimah.

Pameran menampilkan hasil karya Abdul Halim Mohamed@ Omar itu bukan saja berbeza, malah memberi ketenangan kepada penonton dan penggemar seni.

Selain mengetengahkan nilai estetika seni Islamik, hasil seninya turut mengajak penonton berzikir dengan menyebut kalimah Allah yang dicoretkan dalam karya beliau.

Menghayati setiap karya yang disusun rapi di RR Gallery pasti melahirkan rasa tenang dan tenteram.

Ribuan kalimah Allah diselitkan dalam setiap karya yang mengambil masa tujuh hingga 10 hari untuk disiapkan.

Sebanyak 50 karya dipamerkan dengan 2.5 juta kalimah Allah sudah ditulis tangan Abdul Halim menggunakan pen dakwat.

Apa yang menarik, proses penghasilan karya bukan saja rumit kerana puluhan ribu kalimah ditulis tangan, malah karyanya turut menggunakan cat air mudah kering.

Menggunakan medium cat air dan dakwat di atas kertas, Abdul Halim berkata, penghasilan karyanya berbeza kerana turut menggunakan air zam-zam yang memberi kesan lebih halus berbanding penggunaan air biasa.

“Air zamzam saya sapukan pada lapisan pertama sebelum mula meletakkan warna. Kemudian air itu juga saya gunakan sebagai campuran dalam cat air.

“Saya dapati penggunaan air zamzam menghasilkan kesan berlainan dan lebih baik berbanding air biasa,” katanya.

Bagi pengumpul seni, karya berkenaan bukan saja boleh didapati di RR Gallery tapi turut dijual secara dalam talian.

Baru-baru ini, RR Gallery dan Global Halal Exchange yang diperkenalkan Dagang NeXchange Berhad (DNeX) menandatangani usaha sama bagi menjual dan memasarkan hasil seni Karya Sejuta Kalimah menerusi laman www.globalhalalexchange.com.

Pameran dibuka kepada orang ramai setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang di RR Gallery di Lobi DNeX, The Horizon Bangsar South, Kuala Lumpur.

INFO

PAMERAN KARYA SEJUTA KALIMAH

- Artis: Abdul Halim

- Jumlah karya: 50

- Lokasi: RR Gallery, Lobi DNeX, Tower 3 Avenue 5, The Horizon, Bangsar South, Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur

- Masa: 9 pagi hingga 5 petang

- Web: www.globalhalalexchange.com

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Jun 2016 @ 12:46 PM