KARYA artis muda Haziq Asyraf diberi nama ‘Name’.
KARYA artis muda Haziq Asyraf diberi nama ‘Name’.
LUKISAN figuratif menggunakan cat minyak.
LUKISAN figuratif menggunakan cat minyak.
KARYA bertajuk Penamat Usia daripada Anasuha.
KARYA bertajuk Penamat Usia daripada Anasuha.
KARYA Salwa bertajuk ‘Close Up’.
KARYA Salwa bertajuk ‘Close Up’.
Oleh Nor Hanisah Kamaruzaman

Melakar figuratif bukan mudah. Tidak ramai dapat menghasilkan seni figuratif yang kelihatan realistik, namun seni itu subjektif.

Pameran Bayangan II di Galeri Arti menampilkan artis muda memaparkan karya seni masing-masing dalam bentuk realis figuratif.

Kehadiran golongan itu bukan saja memantapkan industri seni lukis tempatan, malah memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka.

Pameran sebulan yang bermula pada 23 Oktober lalu itu turut memberi peluang kepada karyawan muda mengembangkan arena seni lukis tanah air.

Ia menampilkan Anasuha Suhairi, Haziq Asyraf Madsan, Mohammad Haziq Syawal Mohd Hanis, Haimiza Johan, Syed Nahar Syed Abdul Hamid Jamalulail, Salwa Johari, Mohd Khizrul Izwan Zubri dan Mohamad Fakhriq Zulkifli.

Selain melihat karya yang dipamerkan, pengunjung diberi peluang bertemu insan seni berkenaan untuk bertukar pendapat bagi mengeratkan hubungan.

Pameran kali ini sambungan daripada Bayangan 2014 yang objektifnya mengetengahkan pelukis pelapis figuratif dengan budaya berpameran untuk berkongsi pemikiran dan bakat dengan khalayak.

Sebanyak 24 lukisan dan enam arca dipamekan dengan kebanyakan medium digunakan ialah cat minyak dan pastel.

Galeri Arti dibuka dari Isnin hingga Sabtu dan masuk percuma.

INFO

PAMERAN BAYANGAN II

- Artis: Berkumpulan

- Jumlah karya: 30

- Lokasi: Galeri Arti, 23A, Jalan 2/4C, Desa Melawati, Kuala Lumpur.

- Tarikh: Sehingga 22 November 2015

- Masa: 10 pagi hingga 6 malam (Sabtu, 10 pagi hingga 1 petang, Ahad tutup)

- Telefon: 03-41613969

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2015 @ 11:35 AM