Baharom menunjukkan gambar banduan yang melarikan diri. FOTO Zaman Huri Isa
Baharom menunjukkan gambar banduan yang melarikan diri. FOTO Zaman Huri Isa
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Banduan berusia 37 tahun melarikan diri dari Kem Pemulihan Kemasyarakatan Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas 12.30 tengah hari, semalam dan kini diburu.

Kejadian itu disedari oleh pegawai bertugas yang kemudian cuba mencari sebelum membuat laporan di Balai Polis Kok Lanas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, banduan itu Mohd Rodzuan Ismail dari Kampung Jakar, Ayer Lanas, dekat Tanah Merah menjalani pemulihan di kem itu selama dua tahun mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Pegawai kem itu membuat laporan polis pada jam 5.15 petang semalam dan gerakan mencari dijalankan termasuk ke rumah isteri suspek di Kampung Jakar.

"Kita percaya lelaki itu masih berada di negeri ini dan meminta masyarakat menyalurkan maklumat di Balai Polis Daerah Kota Bharu atau balai berdekatan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 2:17 PM