Empat rakyat Malaysia yang diculik dari bot mereka di Semporna, Sabah, 1  April lalu. - Foto Fail
Empat rakyat Malaysia yang diculik dari bot mereka di Semporna, Sabah, 1 April lalu. - Foto Fail
AFP

Manila: Tentera Filipina mengesahkan empat rakyat Malaysia yang ditahan oleh Abu Sayyaf sebagai tebusan sejak dua bulan lalu, sudah dibebaskan hari ini.

Jurucakap tentera Filipina, Filemon Tan, berkata empat kelasi dari.. itu dibebaskan selepas tengah malam tadi di Pulau Jolo sebelum dibawa dengan bot laju sejauh 300 kilometer ke Sabah.

Beliau mengesahkan mereka diculik kumpulan Abu Sayyaf namun tidak dapat menyatakan sama ada wang tebusan dibayar atau tidak.

Setakat ini, belum ada pihak berkuasa Malaysia mengesahkan mengenai pembebasan terbabit.

Empat kelasi bot tunda berasal dari Sarawak, Wong Teck Pang, 31, Wong Hung Song, 34, Wong Teck Chi, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, diculik dari bot mereka di Semporna, Sabah, 1 April lalu.

Bulan lalu, Abu Sayyaf membebaskan 14 kelasi Indonesia dan dua kejadian penculikan di laut itu membuatkan Indonesia, Malaysia dan Filipina melancarkan rondaan bersama serta kerjasama keselamatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 7:03 PM