(Dari kanan) Wan Muhammad Ammar, Wan Iskandar dan Wan Emir Astar ketika melawat pusat operasi Wanita UMNO di Bilik Gerakan BN. FOTO Sairien Nafis
(Dari kanan) Wan Muhammad Ammar, Wan Iskandar dan Wan Emir Astar ketika melawat pusat operasi Wanita UMNO di Bilik Gerakan BN. FOTO Sairien Nafis
Mohd Hafizee Mohd Arop


Kuala Kangsar: "Kami akan cuba berjumpa dengan seramai mungkin pengundi untuk menyampaikan salam mama kepada mereka dan yang paling penting ialah untuk menyatakan hasrat mama meneruskan kesinambungan papa," kata Wan Emir Astar,26, anak sulung Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid,

Wan Emir Astar berkata, dia bersama tiga adiknya akan mengikut nasihat daripada Bilik Gerakan Jentera BN yang sudah merangka pelbagai program mengikut kesesuaian antaranya bertemu dengan pengundi di bazar Ramadan serta dari rumah ke rumah.

"Saya akan rujuk balik pengalaman saya dengan arwah papa (Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad) macam mana dia buat aktiviti serta pergerakannya pada Ramadan.

"Mama sendiri mempunyai hubungan cukup rapat dengan penduduk Kuala Kangsar dan apa yang penting untuk kami sampaikan ialah hasrat ibu untuk teruskan visi arwah papa," katanya selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan BN PRK Kuala Kangsar di Safari Resort, di sini, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan kelibat mereka ke mana sahaja seperti dikawal individu tertentu termasuk ketika bersembahyang terawih di Masjid Ubudiah di sini, semalam, Wan Emir Astar menafikan tuduhan itu dan memberitahu dia serta adik-adiknya bergaul dengan jemaah seperti biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2016 @ 2:46 PM