ANAK-anak kepada calon PRK Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid. FOTO Khairull Azry Bidin
ANAK-anak kepada calon PRK Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid. FOTO Khairull Azry Bidin
Yusmizal Dolah Aling dan Mohd Hafizee Mohd Arop


Kuala Kangsar: "Mama (Datin Mastura Mohd Yazid) menjadi kekuatan kami untuk meneruskan apa yang diperjuangkan Papa (Arwah Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad) selama ini dan kami mahu menjadi sepertinya iaitu ikhlas dalam membuat apa saja," kata anak sulung calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid, Wan Emir Astar.

Wan Emir Astar berkata, tiada sebarang pendekatan yang akan digunakan mereka empat beradik ketika berkempen untuk ibu mereka sebaliknya akan menjadi diri sendiri.

Menurutnya, dia dan tiga adiknya Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Ammar mahu menggunakan pendekatan kempen digunakan bapanya iaitu ikhlas serta tidak terbawa-bawa cara individu lain.

"Amanat sudah diberi pucuk pimpinan kepada mama dan saya sebagai anak sulung serta adik-adik akan menempuh apa juga cabaran ketika berkempen," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 11:44 AM