RUMAH kedai yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
RUMAH kedai yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Pasir Mas: Rumah kedai di Kampung Bechah Tendong di sini musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Dalam kejadian 2 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Operasi Azuhan Ibrahim dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.04 petang sebelum tiga jentera bersama 18 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian kami dapati 80 peratus rumah kedai berkenaan sudah hangus dijilat api.

"Kami mengambil masa 12 minit untuk memadamkan api sepenuhnya," katanya.

Azuhan berkata, saksi memaklumkan terdengar bunyi letupan di bahagian atas premis itu sebelum ia terbakar.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 10:17 PM