GAJAH liar (tengah) dipindahkan selepas ditangkap dengan bantuan Rambai (kir)i dan Kala (kanan). FOTO Mohamed Sahidi Yusof
GAJAH liar (tengah) dipindahkan selepas ditangkap dengan bantuan Rambai (kir)i dan Kala (kanan). FOTO Mohamed Sahidi Yusof
Mohamed Sahidi Yusof


Jeli: Gajah jantan liar ditangkap dan dipindahkan ke Taman Negara Kuala Gandah, Pahang, hari ini selepas dikesan merosakkan kebun penduduk Kampung Salor di sini, minggu lalu.

Pengarah PERHILITAN Kelantan Mohammad Khairi Ahmad berkata, operasi dikendalikan pihaknya bersama Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

"Seramai 16 anggota termasuk enam anggota Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan selain Rambai dan Kala.

"Tangkapan ini susulan aduan penduduk mengenainya sejak minggu lalu," katanya.

Gajah jantan itu ditangkap dengan bantuan dua gajah betina denak iaitu Rambai dan Kala dalam operasi bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari tadi.

Penduduk mengadu gajah itu menceroboh kebun dan merosakkan tanaman selain bimbang mengancam keselamatan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2016 @ 3:55 PM