ABDUL Hamid menunjukkan pistol angin dan gari yang dirampas. FOTO Mohd Hasbi Sidek
ABDUL Hamid menunjukkan pistol angin dan gari yang dirampas. FOTO Mohd Hasbi Sidek
Mohd Hasbi Sidek

Kuala Lumpur: Bekas anggota polis ditahan bersama tiga lelaki di Jalan Batu-Bata di sini, Sabtu lalu selepas disyaki menyamar sebagai polis dan menculik seorang lelaki.

Pistol angin dan satu gari dan gari turut dirampas ketika tangkapan pada 1.30 tengah hari itu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata, ketika serbuan empat suspek bersama mangsa berada dalam kereta di lokasi sebelum polis membuat pemeriksaan.

"Kami mendapati mangsa diculik di Jalan Dato Hamzah, Klang, Selangor pada hari sama. Suspek menyamar sebagai polis dan kononnya menahan suspek kerana kesalahan menipu.

"Suspek kemudiannya mengugut suspek dan meminta wang tebusan RM50,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan 384 Kanun Keseksaan selain Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 89 Akta Polis 1967," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2016 @ 3:47 PM