INDIVIDU menyamar sebagai pegawai polis IPD Bentong untuk menipu mangsa. FOTO Ihsan polis
INDIVIDU menyamar sebagai pegawai polis IPD Bentong untuk menipu mangsa. FOTO Ihsan polis
Muhaamad Hafis Nawawi


Bentong: Menyamar sebagai pegawai kanan polis dan meminta sumbangan daripada ahli perniagaan konon untuk program membabitkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Itu taktik licik scammer menyamar sebagai Tuan Nik dan Tuan Syukri meminta sumbangan daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, orang ramai diminta berwaspada terhadap panggilan palsu menyamar pegawai kanan polis IPD Bentong dengan niat menipu.

Menurutnya, suspek menggunakan gambar profil beruniform pegawai kanan polis.

"Pihak polis menerima laporan polis berkaitan panggilan itu dan hantaran WhatsApp dari lelaki menyamar Tuan Nik dan Tuan Syukri menggunakan nombor telefon 019-5673346 dan 011-72394318.

"Sasaran suspek adalah ahli perniagaan sekitar Daerah Bentong dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Julai 2023 @ 10:08 PM