PENDUDUK yang menyokong Presiden Abed Rabbo berdiri di sebelah kereta kebal yang musnah di Sarwahm, di wilayah Marib, semalam.
PENDUDUK yang menyokong Presiden Abed Rabbo berdiri di sebelah kereta kebal yang musnah di Sarwahm, di wilayah Marib, semalam.

Marib: Pertempuran meletus di beberapa bahagian di Yaman semalam, beberapa jam sebelum gencataan senjata yang diusahakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertujuan menjadikannya asas bagi rundingan damai akan datang, berkuatkuasa.

Tembak-menembak dilaporkan berlaku di sekitar Sanaa.

Bagaimanapun, di pusat bandar itu yang dikuasai Houthi, keadaan dikatakan sepi selepas sering menjadi sasaran pengeboman tentera pakatan Arab.

Wartawan berkata, kumpulan berkenaan dan sekutu mereka berbalas tembakan mortar dan meriam dengan tentera prokerajaan Perdana Menteri Abed Rabbo Mansour Hadi di Sarwah, daerah di wilayah Marib, timur Sanaa.

Pesawat pakatan Arab juga melancarkan serangan baru bagi menghalang Houthi merampas semula pangkalan tentera yang ditawan askar kerajaan hujung tahun lalu.

Pertempuran turut berlaku di Nihm, kira-kira 40 kilometer dari Sanaa, kata saksi.

Kekacauan mula meletus di Yaman sejak Houthi yang disokong Iran menawan Sanaa pada September 2014 sebelum mereka mara ke wilayah lain, menyebabkan Arab Saudi dan sekutu Arabnya melancarkan kempen ketenteraan bagi menyokong Abed Rabbo.

Kedua-dua pihak yang bertentangan sebelum ini bersetuju untuk menghentikan pertempuran bermula tengah malam tadi (waktu tempatan) sebelum rundingan damai disambung semula di Kuwait pada 18 April depan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2016 @ 10:43 AM