HAALAND menghargai sokongan penyokong selepas tamat perlawanan menentang West Ham di Etihad. FOTO Reuters
HAALAND menghargai sokongan penyokong selepas tamat perlawanan menentang West Ham di Etihad. FOTO Reuters
AFP

Manchester, United Kingdom: Erling Haaland memenangi Kasut Emas Liga Perdana kedua dalam kariernya di England selepas Manchester City menewaskan West Ham 3-1untuk meraih gelaran liga keempat berturut-turut, semalam.

Penyerang Norway itu tersisih dua bulan musim ini akibat kecederaan dan bergelut menyamai prestasinya pada penampilan pertama bersama City menyaksikan dia meledak 52 gol dalam semua kejohanan termasuk 36 gol Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain berusia 23 tahun itu gagal menambah koleksi 27 golnya dalam saingan liga pada hari terakhir tetapi sudah cukup untuk membantu City merangkul gelaran keempat berturut-turut.

Haaland meledak sembilan kali pada tujuh aksi terakhirnya musim ini yang membolehkan City mengatasi Arsenal dengan kelebihan dua mata.

Pemain Chelsea Cole Palmer yang bermula musim ini bersama City berada di tangga kedua dalam carta penjaring terbanyak dengan 22 gol, satu gol di depan penyerang Newcastle, Alexander Isak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2024 @ 8:48 AM