Riadz Radzi dan Nor Akmar Samudin


Dalam mana-mana acara konsert terbuka, apa yang paling ditakuti ialah hujan.

Dan, itulah yang berlaku dalam Konsert Ledakan 25 Tahun Harian Metro bersama Yeo’s Yeogurt di Setia City Park @ Oval Lawn, Setia Alam, malam kelmarin.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang lebih 35,000 penonton untuk terus setia di depan pentas. Dalam keadaan basah kuyup, sebahagian besar daripada mereka tetap tidak berganjak.

Secara kebetulan hujan lebat terjadi ketika giliran persembahan Raja Pop Malaysia Datuk Jamal Abdillah.

Dalam keadaan pentas yang hampir ‘banjir’, penyanyi legenda itu tetap ‘sporting’ mempersembahkan dua lagu iaitu Aku Penghibur dan Azura.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 5:12 AM
TURUT ditayangkan menerusi Facebook Live dan ditonton lebih 220,000 pelayar.
TURUT ditayangkan menerusi Facebook Live dan ditonton lebih 220,000 pelayar.