PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir pada Majlis Enabling Entrepreneurs At Great 2016 di BCCK, Kuching. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir pada Majlis Enabling Entrepreneurs At Great 2016 di BCCK, Kuching. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Rabi'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Bandar Usahawan Lautan Biru akan diwujudkan di Bintawa, di sini, bagi sebagai hub kreativiti dan inovasi usahawan muda di negeri ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, penubuhan bandar itu buat julung kalinya akan dijadikan pusat kreativiti dan inovasi usahawan di negeri ini.

"Tempat ini diwujudkan untuk menggalakkan idea baru, memperluaskan jaringan hubungan dan memberi peluang kepada orang muda untuk meniaga.

"Pembinaan bandar ini ialah satu model keusahawanan yang bersifat sangat prihatin," katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Program Gabungan Rakan Entrepreneur Apirasi Terhebat (GREAT) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Hadir sama Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Najib turut mengumumkan pertandingan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, pertandingan itu berdasarkan kepada prinsip NBOS iaitu berimpak tinggi dan boleh dilaksanakan segera.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2016 @ 12:19 PM