Samsung AddWash  dilengkapi  teknologi Bubble Soak.
Samsung AddWash dilengkapi teknologi Bubble Soak.
myMetro

Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics (SME), peneraju peralatan elektronik global sentiasa mencipta inovasi baru yang berjaya menyelesaikan masalah untuk menambah pakaian cucian ketika mesin sedang digunakan menerusi pengenalan mesin basuh WW8500 Samsung AddWash Front Load Washes.

Mesin basuh berteknologi tinggi berkenaan sudah mula berada di pasaran negara ini dan berharap ia dapat memberikan lebih kepuasan kepada generasi masa kini dengan aktiviti membasuh pakaian lebih mudah dan cepat.

Lebih menarik, mesin basuh Samsung Addwash mempunyai pintu kecil di hadapan untuk pengguna menambah pakaian ataupun untuk meletakkan sabun cucian tambahan.

Malah, dengan menggunakan Samsung AddWash, ia akan memberikan durasi masa cucian lebih cepat, bersih dan cekap dengan ciri SuperSpeed yang membawa transformasi positif untuk suri rumah.

Selain itu, ia turut dilengkapi teknologi Bubble Soak di mana ia berperanan untuk menyingkirkan kotoran pada pakaian dengan lebih baik.

Ia juga dikuasakan oleh enjin cekap untuk menghasilkan buih campuran sabun, air dan udara yang membolehkan kadar penembusan fabrik akan menjadi 40 kali lebih cepat, sekali gus menanggalkan kotoran dengan mudah pada suhu serendah 15 darjah Celsius.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2016 @ 5:01 AM