MESIN basuh menggunakan teknologi LG Spa Steam
MESIN basuh menggunakan teknologi LG Spa Steam
LG Electronics

LG Electronics Malaysia (LG), peneraju pelbagai perkakasan elektrik dan elektronik rumah memperkenalkan mesin basuh berteknologi tinggi yang mampu menghapuskan 99.9 peratus bakteria dan pada masa sama masih mengekalkan kesegaran pakaian berpanjangan.

Fungsi terbaru ini dihasilkan menerusi teknologi digelar sebagai TrueSteam dan SpaSteam.

Teknologi ini menjanjikan sistem pembasuhan stim sebenar yang menembusi kain pakaian bagi menghapuskan kotoran, bau dan bakteria.

Malah rawatan air panas antara 40 hingga 60 darjah Celsius membantu membunuh 99.9 peratus bakteria dan berkesan menyingkirkan bahan pencetus alahan atau dikenali sebagai alergen, sekali gus menjadikan pakaian bersih, selamat dan sedia dipakai.

Selain itu mesin basuh LG TrueSteam mempunyai fungsi ‘Steam Refresh’ tambahan yang bertindak sebagai pelembut cucian, dengan menggunakan stim air panas 100 peratus.

Kaedah ini menjadikan tekstur pakaian lebih gebu, segar dan dapat mengurangkan kedutan, sesuai untuk kulit sensitif.

Malah ia juga sesuai untuk mencuci kain berhabuk seperti sarung bantal, cadar atau pakaian bayi dan pakaian dalam.

Bagi memudahkan lebih banyak cucian, mesin basuh muatan atas LG Big-In direka dengan bahagian dalam lebih besar.

MESIN basuh LG menggunakan teknologi LG True Steam (kiri) dan mesin basuh muatan atas LG Big-In.
MESIN basuh LG menggunakan teknologi LG True Steam (kiri) dan mesin basuh muatan atas LG Big-In.

Menariknya, mesin basuh muatan atas LG Big-In menempatkan dua perendam tambahan di bahagian atas untuk membolehkan putaran dijalankan dengan lebih stabil.

Di samping itu, faktor rekaan menegak menawarkan kapasiti lebih besar serta muatan lebih dalam bagi membasuh pakaian, sekali gus membantu menjimatkan ruang luar berbanding mesin basuh biasa.

Fungsi stim LG TrueSteam boleh didapati untuk mesin basuh muatan depan saja, manakala LG SpaSteam boleh didapati untuk mesin basuh muatan depan dan muatan atas LG yang terpilih.

Dengan promosi Ramadan LG, pengguna boleh berkunjung ke gedung barangan elektronik berhampiran dari 15 Mei hingga 30 Jun 2017 ini untuk melihat sendiri rangkaian mesin basuh terbaru LG iaitu mesin basuh TWINWash, Muatan Atas, dan Muatan Depan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.lg.com/my atau http://www.facebook.com/LGEMalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Jun 2017 @ 7:42 AM