PENJAGAAN kemasan ini tidak asalkan dilakukan secara rutin.
PENJAGAAN kemasan ini tidak asalkan dilakukan secara rutin.
LANGSIR yang bersih dan terjaga membuatkan suasana ruang lebih segar.
LANGSIR yang bersih dan terjaga membuatkan suasana ruang lebih segar.
HM Digital

Apabila membicarakan berkenaan penjagaan langsir, kita membayangkan elemen hiasan dan kemasan tingkap itu perlu dihantar ke dobi untuk dicuci.

Sebaliknya anda boleh membersihkan sendiri langsir mengikut situasi atau kadar kotoran yang melekat padanya.

Langir nipis (sheer) biasanya kelihatan kelabu atau lusuh apabila sudah lama digunakan.

Anda tidak perlu risau, cuma rendamkan langsir itu dan biarkan semalaman.

Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Namun jika keadaan fabrik itu masih tidak berubah, anda boleh gunakan langsir itu untuk keperluan lain.

Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan saja berbau wangi, segar malah bersih dan boleh dikitar semula.

Seterusnya jika langsir terkena kencing kucing, anda boleh merendam bahagian yang terkena kotoran itu atau merendam keseluruhan langsir.

Sebelum merendam dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena kotoran itu dengan ubat gigi.

Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus direndam dalam cecair pencuci supaya bau kotoran itu cepat hilang.

Bagi langsir tebal, gunakan bulu ayam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk melekat pada langsir.

Lakukan seminggu sekali terutama jika anda menetap di kawasan bandar. Bucu langsir boleh disedut dengan penyedut hampagas.

Begitu juga dengan renda yang boleh direndam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci.

Jika mesin basuh anda boleh mencuci langsir, pastikan ia tidak dicampur dengan kain lain.

Apabila berlaku insiden anak melekatkan gula-gula getah pada langsir, tentunya membuatkan anda buntu.

Cuba petua ini, gosok gula-gula getah dengan ketulan ais. Kemudian anda boleh menarik gula-gula itu dengan mudah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 September 2017 @ 1:47 AM