BEKAS polis Nazri Mansor, 54, menerima kunjungan wakil IPD Port Dickson sempena Hari Polis ke-209. FOTO Mohd Khidir Zakaria
BEKAS polis Nazri Mansor, 54, menerima kunjungan wakil IPD Port Dickson sempena Hari Polis ke-209. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Sempena Hari Polis ke-209, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Port Dickson membuat lawatan mengunjungi enam bekas anggota polis daerah ini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Zainudin Ahmad berkata, kali ini pihaknya membuat kunjungan sambil memberikan bantuan berupa wang tunai dan keperluan harian.

"Keutamaan kita ialah bekas anggota polis yang uzur dan kunjungan ini antara lain sebagai penghargaan kepada mereka pernah berhidmat kepada negara.

"Kita sentiasa memantau perkembangan bekas anggota polis memerlukan bantuan terutama menghidap penyakit seperti buah pinggang tidak berfungsi, kencing manis dan pelbagai lagi masalah kesihatan," katanya.

Sebelum itu, Zainudin turut menyempurnakan perbarisan sempena hari polis ke 209 dsn penyampaian sijil penghargaan kepada 28 anggota polis dan kakitangan awam di IPD Port Dickson.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 5:26 PM