ANGGOTA bomba menyiasat di kawasan tanah runtuh.
ANGGOTA bomba menyiasat di kawasan tanah runtuh.
Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Mohd Amin Jalil

Seremban: "Sebahagian dinding di belakang rumah saya dihempap tanah runtuh akibat hujan lebat sepanjang minggu ini," kata Razali Ahmad, seorang penduduk Rumah Rakyat Kampung Panchor, di sini, yang diarahkan berpindah serta-merta berikutan risiko tanah runtuh.

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, sebanyak 17 rumah membabitkan 42 penghuni terjejas akibat berlaku pergerakan tanah di kaki bukit dengan sembilan daripadanya dikategorikan berisiko tinggi.

Daripada jumlah itu, sebanyak 11 rumah terletak di Jalan Mahsuri dan masing-masing tiga rumah di Jalan Murni serta Jalan Ria.

Razali, 60, berkata, ketika kejadian, isteri, Rashidah Abdul Rashid, 55, menghubunginya sebaik melihat tanah di kaki bukit runtuh.

"Empat tahun lalu, kami pernah mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya membuat tangga bertingkat di cerun bukit bagi memudahkan aliran air dan mengelak runtuhan, namun tiada tindakan dibuat," katanya yang ditemui semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 @ 5:12 AM