KANAK-KANAK yang ditemui menjual kacang rebus di sekitar bandar raya.
KANAK-KANAK yang ditemui menjual kacang rebus di sekitar bandar raya.
Oleh Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Tidak siapa tahu kesusahan mereka, namun demi ‘sesuap nasi’ dan meneruskan kehidupan, kumpulan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun ini sanggup berusaha menjaja kacang rebus di sekitar bandar raya ini.

Dengan memegang bakul, mereka membuang sifat malu sebaliknya menggunakan apa saja teknik bagi memastikan hasil jualan mereka mendapat perhatian dan terjual.

Ketika melewati pusat bandar, sapaan kanak-kanak ini sudah menjadi biasa bagi penduduk setempat, malah mulut mereka tidak lekang menyapa orang ramai untuk membeli kacang rebus.

Hanya jaminan ‘sedap’ mampu diberikan mereka untuk menarik warga bandar membeli hasil tangan ibu mereka untuk menambahkan pendapatan keluarga.

Melihat kesulitan kanak-kanak berkenaan yang sanggup berjalan jauh atau menunggu lama demi memastikan semua makanan dibawa habis dijual menyebabkan ramai bersimpati.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2016 @ 8:18 AM