Brian (kiri) bersama gitaris utama AC/DC Angus Young ketika mengadakan persembahan. FOTO AP
Brian (kiri) bersama gitaris utama AC/DC Angus Young ketika mengadakan persembahan. FOTO AP
Susunan Oleh Michelle Gun


Atlanta: Kumpulan rock Australia, AC/DC terpaksa menangguhkan 10 jelajah konsert mereka di Amerika Syarikat bagi mengelak vokalis Brian Johnson hilang deria pendengarannya.

Menurut portal The Guardian, penangguhan itu dilakukan atas nasihat doktor yang khuatir Johnson, 68, berdepan berisiko menjadi pekak sekiranya masih meneruskan persembahan.

Berita itu diumumkan AC/DC dalam laman web mereka dan memaklumkan konsert Rock or Bust pada 8 Mac hingga 4 April ini terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain.

Malah, kumpulan terbabit berkemungkinan akan membuat persembahan bersama seorang artis jemputan nanti.

Tahun lalu, AC/DC terpaksa menjalani jelajah konsert tanpa gitaris Malcolm Young, 63, yang disahkan menghidap penyakit demensia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2016 @ 4:14 PM