Rose akan membawa tugasan vokalis AC/DC menggantikan Brian Johnson. FOTO blabbermouth.net
Rose akan membawa tugasan vokalis AC/DC menggantikan Brian Johnson. FOTO blabbermouth.net
Susunan Esme Johari Wahab


Los Angeles: Kelibat penyanyi Guns N Roses Axl Rose sempat dirakam dan ditemuramah spontan oleh sebuah portal online sebaik dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX) semalam.

Vokalis berambut perang itu ditemui untuk penerbangan ke Eropah meneruskan latihan bersama AC/DC menjayakan Jelajah Eropah bersama kumpulan Australia itu tidak lama lagi.

Sewaktu ditanya oleh jurukamera TMZ.com apakah lagu AC/DC menjadi kegemarannya, Axl membalas: "Buat masa ini,'Touch Too Much'."

Rose juga bercakap mengenai penampilan Guns N Roses di festival Coachella festival, dia berkata:"Persembahan itu berjalan lancar. Penonton begitu mengagumkan. Ia sangat menarik.

Dia menambah:"Persembahan pertama sangat bagus. Yang kedua lebih menyeronokkan."

Rose sebelum ini tampil dalam ‘live’ ketujuh Guns N Roses sejak ‘reunion’ membariskannya bersama pemain gitar Slash dan pemain gitar bass, Duff McKagan - malah Rose dilihat masih membuat persembahan secara duduk di atas kerusi akibat mengalami patah kaki ketika membuat persembahan pertama bersama kumpulan itu di Troubadour Los Angeles pada 1 April.

Jelajah AC/DC di stadium Eropah akan bermula 7 Mei di Lisbon, Portugal diikuti 12 Jun di Aarhus, Denmark.

AC/DC, kumpulan hard rock legenda antarabangsa menunda sepuluh jelajah Amerika Syarikat yang akan disambung semula pada penghujung tahun - juga akan menampilkan Rose sebagai vokalis. blabbermouth.net

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2016 @ 5:29 PM