Rakyat Malaysia menulis ucapan pada dinding yang disediakan di Kuala Lumpur semalam, menjelang ulang tahun kedua kehilangan pesawat itu esok. - Foto AP
Rakyat Malaysia menulis ucapan pada dinding yang disediakan di Kuala Lumpur semalam, menjelang ulang tahun kedua kehilangan pesawat itu esok. - Foto AP
AFP

Beijing: Keluarga penumpang China dalam pesawat MH370 memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines, Boeing, Rolls Royce dan pihak lain hari ini, sehari sebelum ulang tahun kedua kehilangan pesawat itu serta sebelum tarikh akhir perundangan untuk berbuat demikian.

Mereka memenuhi ruang kecil mahkamah di sini, sambil memegang fail mengandungi writ saman masing-masing sebelum diserahkan kepada pegawai mahkamah.

Pesawat Boeing 777 itu membawa 239 orang, termasuk 153 rakyat China, hilang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Peguam mereka, Zhang Qihuai, dari firma Lanpeng berkata, pampasan yang dituntut dari Malaysia Airlines, Boeing, Rolls Royce (pengeluar enjin) dan syarikat insurans berjumlah antara 10 hingga 70 juta yuan (AS$1.5 juta hingga AS$10.8 juta) bagi setiap keluarga.

“Awalnya ramai tidak bercadang memfailkan saman itu kerana mahu menunggu namun memandangkan ada tempoh masa mereka tiada pilihan,” katanya.

Anggota keluarga mangsa terbabit menolak tawaran pampasan 2.52 juta yuan bagi setiap mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2016 @ 5:23 PM