PESAWAT komersial buatan China, C919, dilihat di pameran penerbangan Singapore Airshow pada Ahad. FOTO AFP
PESAWAT komersial buatan China, C919, dilihat di pameran penerbangan Singapore Airshow pada Ahad. FOTO AFP
Reuters

Singapura: Pesaing jet penumpang Airbus dan Boeing, C919 yang dibangunkan Perbadanan Pesawat Komersial China (Comac) membuat penerbangan pertamanya di luar China, sempena pameran penerbangan Singapore Airshow, semalam.

C919 adalah salah satu daripada dua pembuat pesawat komersial yang menerbangkan pesawat mereka di luar Singapura, bersama-sama Airbus pada pratonton pertunjukan udara terbesar di Asia, semalam.

Boeing dijangka tidak mempamerkan pesawat komersialnya di acara itu tahun ini.

China pada tahun ini berazam mahu mengembangkan operasi C919 di peringkat domestik dan antarabangsa.

Pada masa ini, pesawat berbadan sempit itu hanya diperakui di dalam China. Empat pesawat C919 milik China Eastern Airlines, sudah beroperasi tahun lalu.

Comac akan melabur puluhan bilion yuan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran C919, media China memetik sumber seorang pegawai Comac, Januari lalu.

Pihak berkuasa penerbangan China berkata, pihaknya akan meneruskan untuk mendapat pengesahan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) untuk C919.

Katanya, proses itu sudah bermula pada 2018.

Comac mempunyai dua produk pesawat penumpang iaitu jet serantau ARJ21 dan pesawat berbadan sempit enjin berkembar C919 yang lebih besar dengan 158 hingga 192 tempat duduk.

Ia bersaing dengan model sedia ada, Airbus A320neo dan Boeing 737 MAX 8.

C919 membuat penerbangan pertamanya di luar tanah besar China iaitu ke Hong Kong, pada Disember lalu.

ARJ21 pula sedang digunakan TransNusa Air Indonesia.

Ramai pakar industri memberi amaran pesawat itu hanya diperakui pengawal selia China dan C919 bergantung kepada rantaian bekalan antarabangsa.

Bagaimanapun, masalah bekalan seluruh industri penerbangan yang menguji jangkaan pulangan penuh sebelum pertumbuhan kapasiti awam di Asia, lebih mendapat perhatian Comac.

"Kami juga melihat trend yang semakin meningkat apabila pelanggan memasukkan pilihan C919 dalam penilaian pasukan mereka," kata Adam Cowburn dari Alton Aviation Consultancy.

Penghantaran dua pesawat C919 disempurnakan pada 2023.

Perunding penerbangan, IBA pula meramalkan penghantaran antara tujuh sehingga 10 pesawat C919 boleh dicapai pada tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Februari 2024 @ 11:58 AM