SINGAPORE Airlines menggantung operasi dua pesawat Boeing 787-10. FOTO/AGENSI
SINGAPORE Airlines menggantung operasi dua pesawat Boeing 787-10. FOTO/AGENSI
AFP

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines menggantung operasi dua pesawat Boeing 787-10 yang didapati mengalami masalah enjin ketika pemeriksaan dilakukan.

Menurut syarikat itu, keputusan dibuat selepas pihaknya menemui kerosakan pada bilah enjin turbin pada pesawat yang menggunakan enjin Rolls-Royce itu.

Dua pesawat terbabit digantung sementara menunggu penggantian enjin baru.

“Penggantungan pesawat ini menjejaskan penerbangan ke beberapa destinasi. Namun, keselamatan penumpang adalah keutamaan kami,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, pesawat Boeing 737 MAX digantung operasi di seluruh dunia susulan dua nahas buruk yang berlaku dalam tempoh kurang lima bulan.

Singapura menjadi negara pertama yang menggantung operasi pesawat itu dari ruang udaranya selepas pesawat model sama yang dikendalikan Ethiopian Airlines, terhempas baru-baru ini hingga mengorbankan 189 nyawa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 April 2019 @ 7:16 PM