MITSUBISHI Outlander baru. FOTO Erywan Norshal
MITSUBISHI Outlander baru. FOTO Erywan Norshal
Erywan Norshal


Kuala Lumpur: Mitsubishi Motors Malaysia, pengedar kendaraan Mitsubishi di negara ini mempertontonkan kenderaan utiliti sukan (SUV) baru menerusi Mitsubishi Outlander, hari ini.

Kenderaan diimport sepenuhnya dari Jepun itu dikuasai enjin 2.4 MIVEC yang menyalurkan kuasa maksimum 167 PS dengan tork setinggi 222 Nm.

Mitsubishi Outlander memiliki tujuh tempat duduk didatangkan dengan reka bentuk Pelindung Dinamik, selain ditawarkan tiga warna membabitkan merah, putih dan kelabu.

Bagaimanapun, SUV baru itu dijadualkan berada di bilik pameran Mitsubishi di seluruh negara bermula April ini.

Mereka yang menempah sebelum 31 Mei ini diberikan harga pengenalan secara eksklusif pada RM166,720.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2016 @ 8:13 PM