MOHD Nazifuddin (tengah) bergambar bersama sebahagian peserta kejohanan.
MOHD Nazifuddin (tengah) bergambar bersama sebahagian peserta kejohanan.
Oleh Hafizudin Mohd Safar


Kangar: Latihan intensif selama tiga bulan membuahkan hasil buat Kelab Taekwondo Koryo selepas muncul juara keseluruhan Kejohanan Taekwondo TM (WTF) SportExcel Senior dan Remaja Sirkit Pertama 2016, di sini, kelmarin.

Daripada 50 atlet taekwondo yang bertanding pada kejohanan itu, hampir 30 atlet kelab itu meraih pingat termasuk 16 pingat emas, 15 pingat perak dan lima pingat gangsa pada kejohanan pem
buka tirai sirkit taekwondo kebangsaan tahun ini.

Pengurus Kelab Taekwondo Koryo Faezah Tahar berkata, pihaknya amat bersyukur kerana bergelar juara keseluruhan dan yakin keputusan cemerlang itu berdasarkan kegigihan atlet dan jurulatih yang mempersiapkan atlet sebelum kejohanan bermula.

“Pengurusan Kelab Taekwondo Koryo termasuk empat jurulatih bersyukur kerana pasukan kami berjaya menjadi johan keseluruhan sirkit kali ini.

“Kami percaya kejayaan ini tidak akan diperoleh tanpa pengorbanan dan tumpuan daripada atlet yang berusaha bersungguh-sungguh dalam sesi latihan selama tiga bulan sebelum datang ke Perlis.

“Pengurusan kelab berharap semua atlet dapat mengekalkan prestasi, disiplin dan meneruskan usaha dalam dua lagi sirkit seterusnya yang akan diadakan pada Mac dan Jun ini,” katanya.

Kesemua 36 pingat yang dirangkul barisan atlet Kelab Taekwondo Koryo majoritinya dalam kategori 12-14 tahun dan juga kategori 15-17 tahun.

Sementara itu, Timbalan Presiden Taekwondo Malaysia Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, pihaknya melihat perkembangan positif terhadap sukan taekwondo negara selepas 498 atlet menyertai ke johanan siri pertama dalam empat kategori yang berlangsung di Dewan 2020, di sini.

Menurutnya, banyak bakat baru dapat dikenal pasti untuk digilap sebelum diserap ke skuad negara bagi menyertai kejohanan peringkat antarabangsa seperti Sukan SEA.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2016 @ 9:57 AM